top of page

BAJU KAMIS

Ini adalah baju yang dipakai di bahagian dalam bersama baju Sikap.ia dipanggil baju Kamis.Baju yang dihasilkan sendiri oleh Unty Zah ini sangat kemas dan ditambah pula dengan perincian yang menarik seperti labuci dan manik.

Sepanjang lawatan saya ke rumah Unty zah,beliau tidak lokek berkogsi idea dan pendapat tentang fasyen terutama dalam pemakaian tradisional.Saya berasa amat bertuah dapat berjumpa dengan Unty Zah dan suaminya.Beliau banyak bercerita tentang tujuanya menghasilkan pakaian tradisi masyarakat Melayu yg makin dilupakan ini.

Beliau berkata amat jarang sekali kita melihat masyarakat yang menggemari pakaian dek kerana fabriknya yang mahal serta tahap keselesaanya yang kurang.Akan tetapi,akibat minatnya yang mendalam,beliau dan suami berusaha menggekalkan tradisi turun temurun ini malahan iwariskan kepada anak mereka dan juga ahli keluarga mereka yang lain.

Saya amat kagum dan terpegun akan usaha dan minat Unty Zah sekeluarga.Saat berada di kediaman beliau terasa seperti bangga dan sayang akan bangsa Melayu yang penuh budaya,adab,dan sopan santun.Suatu hari nanti saya juga berhasrat mengikut jejak Unty Zah dalam bidang ini sebagai mana saya amat minat dalam bidang tekstil yang juga merupakan seorang pelajar Seni Lukis Dan Seni Reka Tekstil di UITM Shah Alam.


Featured Posts
Recent Posts
Archive
Search By Tags
No tags yet.
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square
bottom of page