top of page

BAJU KURUNG ASLI


ASSLAMUALAIKUM,semua.Masihkah anda ingat pada pakaian tradisional yang asli iaitu baju kurung yang dipakai oleh wanita.haaa..untungnya generasi yang lahir pada zaman dahulu kerana dapat merasa memakai baju ini yang dijadikan pakaian harian bersama kain batik.Walaupun zaman ini dilimpahi dengan lambakkan baju kurung moden,tetapi pada saya baju kurung asli jua yg kelihatan ayu dan sopan apabila dipakai!

Wanita yang ditunjukan dalam gambar diatas merupakan saudara Aunty Zah sendiri.Sepertimana yang saya ceritakan sebelum ini,ahli keluarga Aunty Zah mempunyai minat yang sama terhadap pakaian tradisional!Sehingga hari ini saya berasa kagum dengan Aunty Zah sekeluarga!

Ada satu lagi yang saya suka tentang personaliti Aunty Zah ini selain daripada orangnya yang amat peramah serta tidak lokek berkongsi ilmu,iaitu beliau adalah seorang yang sangat kreatif dari segi permikiran dan juga hasil tangan.Sepanjang pemerhatian saya,Aunty Zah sering menggunakan dan mengenakan warna2 yang terang dan ceria.Selain itu pakaian tersebut dipadankan dengan set lengkap eksosori!

Menurunya,baju tradisional ini digayakan dengan 2 atau 3 warna didalam satu set lengkap.Jika difikirkan,itulah yang menyebabkan pakaian tersebut kelihatan menarik,ceria,dan menyerlah.

Kain songket juga memainkan peranan yang penting untuk kita mengenalpasti pakaian tradisi Melayu selain daripada potongan dan cara pemakaianya.


Featured Posts
Recent Posts
Archive
Search By Tags
No tags yet.
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square
bottom of page