proses dan alatan menjahit
Assalamualaikum semua dan selamat sejahtera!Sekarang saya akan menceritakan tentang proses dan alatan menjahit yang digunakan oleh Aunty Zah.Daripada lawatan saya ke tempat beliau,saya mendapati bahawa terdapat juga teknik2 jahitan tangan yang digunakan pada pakaian tradisional tersebut.Benang yang digunakan adalah benang biasa dan warnyanya mengikut warna baju yang dijahit.Untuk menghasilkan teknik ini perlulah bersabar kerana ia mengambil masa bagi yang tidak mahir.
Kemas bukan?saya begitu gembira kerana dapat belajar cara2 menjahit kemasan dileher tersebut.Tetapi kena sabar lah sikit ya hahaha.tidak apa,sikit-sikit lama-lama jadi bukit!Menurut Aunty zah amat jarang pembuat baju menggunakan jahitan tangan ini,sebaliknya menggunakan jahitan mesin kerana lebih mudah dan cepat.
benang perak
benang,getah pinggang,gunting jahit,songket,pembaris dll
mesin industri dan mesin jahit tepi
Berikut adalah alatan dan bahan2 yang digunakan dalam proses penghasilan baju tradisional.
Gambar diatas menunjukan proses menghasilkan baju kurung Pahang.Bahagian tiga segi kecil yang diletakan dibawah ketiak dipanggil kekek manakala yang dijahit pada sisi baju dipanggil pesak.